Selamat datang ke blog rasmi Sekolah Kebangsaan Pusat Air Tawar Endau, tujuan pembangunan blog ini adalah untuk kegunaan warga SKPAT dan dengan secara langsung meningkatkan pengunaan ICT di sekolah. Sebarang masalah dan komen boleh di hantar ke email skpat.endau@gmail.com atau sk.pusatairtawar@gmail.com.

INFO TERKINI

May 30, 2010

Sejarah Sekolah


Sekolah kebangsaan Kampung Air Tawar, Endau telah dibina pada tahun 1947 di atas kesedaran penduduk kampung dengan pengasas sekolah ini iaitu Tn. Hj. Mansor bin Muhamad. Terletak kira-kira 6 km dari pekan terpncil Endau melalui jalan balak menuju ke arah bandar Mersing. Pada ketika tiu sekolah ini daif beratapkan nipah, berlantaikan tanah dan berdindingkan papan sementara luasnya kira-kira 920 kaki persegi (46" x 20") sahaja. Tanggal 1948, Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor; Al-Marhum Sultan Sir Ibrahim telah berkenan mencemar duli untuk merasmikan pembukaan sekolah ini. Tn. Hj. Abdul bin Hassan bertanggungjawab sebagai Guru Besar yang mengepalai adat istiadat majlis perasmian ketika itu.

Bermula pada tahun 1949, beberapa fasa projek kecil naik taraf telah di laksanakan. Bantuan pertama merupakan peruntukan kerajaan sebanyak RM500.00, digunakan untuk memperbesarkan keluasan sekolah ini kepada lebih kurang 600 kaki persegi (30" x 20"). Pada tahun 1954 atas inisiatif Guru Besar ketika itu bantuan ke dua sebanyak RM1000.00 telah digunakan untuk menukarkan lantai tanah kepada lantai simen dan atap nipah kepada atap zink. Peruntukan ke tiga bernilai RM2000.00 dari RIDA pada tahun 1956 dimanfaatkan untuk menambah bangunan seluas 600 kaki persegi (30: x 20") dengan sebuah setor serta sebuah perigi.

Bekas-bekas pelajar tahun 80-an

Pada tahun 1957 sekolah ini telah diberi nama baru iaitu Sekolah Umum Kampung Baru. Endau. Pada tahun ini jugak anak-anak Orang Asli Labong mendapat pendidikan pertama mereka apabila tertubuhnya sebuah sekolah cawangan yang dinamakan Sekolah Kebangsaan (Orang Asli) Labong, Endau. Sekolah ini dibina 7 KM dari Sekolah Umum Kampung Baru, Endau dan dibiayai sepenuhnya oleh Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli.

Di atas kesedaran melaksanakan peranan dan fungsinya Lembaga Kebajikan Masyarakat telah bermurah hati menyumbang sebanyak RM6000.00. Peruntukan ke empat pada tahun 1958 ini telah dgunakan untuk memasang siling dan kaki lima sekolah, membina kantin serta membaik pulih padang sekolah. Pada tahun 1964, nama sekolah ini sekali lagi ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Semaloi,Endau.




















Bekas-bekas pelajar tahun 80-an


Apabila pertambahan penduduk bertambah secara mendadak kerajaan dibawah projek lima tahun telah membina sebuah bangunan dua tingkat pada tahun 1972. Bangunan ini telah dibina di kawasan seluas kira-kira 7 ekar tanah yang dikurniakan oleh YB Dato' Gholam bin Awang. Tersergam indah di kilometer 4 dari pekan Endau dan mudah di lihat melalui jalan utama Endau-Mersing. Bangunan sekoalah baru ini mengandungi sebuah pejabat, sebuah bilik guru, lapan bilik darjah, dua buah tandas guru dan dua buah tandas murid serta sebuah setor. Sementara kemudahan-kemudahan lain seperti padang permainan, tapak perhimpunan dan kantin disediakan dan dibina bersebelahan bangunan ini.

Pada awal Februari, 1973 bangunan baru sekolah ini telah memulakan operasinya. Sekolah baru ini yang di beri nama Sekolah Kebangsaan Pusat Air Tawar, Endau merupakan gabungan daripada tiga buah sekaolah yang telah di jumudkan bangunan lamanya dan dipindahkan ke sekolah ini. Sekolah yang terlibat termasuklah Sekolah Kebangsaan Pusat Air Tawar, Endau, terletak di Kampung Air Tawar, Sekolah Kebangsaan Kampung Hubung, Endau terletak di Kampung Hubung dan Sekolah Kebangsaan Kampung Semaloi, Endau terletak di Kampung Semaloi.





Tangal 1999 sebuah lagi bangunan baru telah dibina di sebelah barat bangunan lama. Bangunan baru setinggi tiga tingkat ini mengandungi sebuah bilik muzik, sebuah perpustakaan, sebuah pusat sumber, sebuah bilik tayangan, sebuah bilik guru, sebuah bilik mesyuarat, sebuah makmal sains, sebuah bengkel kemahiran hidup, enam buah bilik darjah, dua buah tandas guru, dua buah tandas murid dan sebuah setor sukan. Bangunan rumah pam mekanikal juga dibina bersebelahan bangunan baru ini. Akhirnya pada tahun 2000 bangunan baru sekolah ini telah digunakan.






PKG J27 yang terletak di dalam kawasan sekolah telah dibina pada tahun 1992 dan bertentangan dengannya dua unit rumah guru juga telah di bina di dalam kawasan sekolah yang telah dihuni sejak tahun 1994. Sementara itu di luar kawasan sekolah dua buah pondok menunggu bas telah juga dibina. Kini setelah hampir 56 tahun berlalu, sekolah ini mengandungi 367 orang murid, 32 orang guru dan 9 orang kakitangan dan yang paling membanggakan kini hampir semua kemudahan asas pendidikan dapat dinikmati oleh para pelajar sekolah ini.

Sepanjang tempoh 30 tahun kebelakangan ini iaitu bermula pada tahun 1973 seramai 11 orang peneraju sekolah ini sebagai Guru Besar telah menabur bukti budinya. Bermula dengan
Tn. Hj. Abd. Rashid bin Hassan (01/01/1973 hingga 22/01/1974),
En. Abu Bakar bin Hj. Arif (01/03/1974 hingga 26/04/1978),
Tn. Hj. Idris bin Mohamad (01/08/1978 hingga 31/12/1979),
En. Mohd Salleh bin Ali (01/01/1979 hingga 31/12/1982),
Tn. Hj. Mohd. Diah bin A. Rahman (01/01/1983 hingga 14/04/1984),
Tn. Hj. Othman bin Abdullah (15/04/1984 hingga 13/11/1986),
Pn. Hjh. Halimah binti Hj. Ramli (14/11/1986 hingga 15/12/1987)
Tn. Hj. Abdullah bin Hj. Ahmad (16/12/1987 hingga 15/01/1994)
En. Abdul Jalil bin Salim (16/01/1994 hingga 15/04/2001)
En. Zulkefli bin Mohd Amin (16/04/2001 hingga 10/06/2005)
Pn. Hjh. Norsiah binti Endot (02/06/2005 (terkini)

Sepanjang tempoh itu juga sekolah ini telah mengalami beberapa perubahan. 1983 sekolah ini telah dinaikkan taraf "Under enrol" kepada gred B luar bandar kemudian pada tahun 1994 sekolah ini telah dinaikkan kepada gred A luar bandar. Pada waktu itu bilangan pelajar seramai 375 orang termasuk sebuah sekolah cawangan iaitu Sek. Keb Orang Asli Kg Labong iaitu kira-kira 7 kilometer dari sekolah ini. Pada Januari 1998 sekolah kebangsaan Orang-Orang Asli Labong telah berpisah dengan sekolah ini di sebabkan oleh wujudnya jawatan Guru Besar di sekolah itu.




Pada tahun 1990 sebuah bangunan baru blok B telah didirikan setinggi 3 tingkat. Bangunan itu terdiri daripada 5 bilik darjah. Sebuah bilik Pendidikan khas 3 bay, sebuah Makmal Sains dan Bilik Kemahiran Hidup, sebuah bilik Perpustakaan 3 bay, Bilik komputer 3 bay, bilik tayangan 2 bay, bilik Pusat Akses 1 bay.



Bekas Pendidik SK Pusat Air Tawar

Tahun 1992, kelas pra sekolah Al Kindi telah dibina dengan kelulusan 4 bay. Kelas itu mengandungi peralatan dan pasarana yang lengkap termasuk sebuah taman permainan, tandas dan dapur masak. Tahun 2004 sebuah lagi kelas perluasan Pra sekolah dibina. Kelas pra sekolah Al Farabi ini jugak di lengkapi dengan peralatan dan pasarana yang sama.

Pada tahun 2000 sekolah telah diturunkan semula kepada Gred B luar bandar. Ini disebabkan bilangan murid yang semakin berkurangan. Pada tahun 2002 pula bilik makmal komputer telah mula beroperasi. Terdapat 13 buah komputer telah dibekalkan termasuklah sebuah komputer guru. Semua pelajar dapat menggunakan komputer bagi proses pembelajaran mereka. Pada tahun 2006 sebuah bilik Pusat Akses telah dibekalkan. Ia mengandungi peralatan komputer serta dilengkapi dengan talian internet, terdapat 10 buah komputer telah disediakan. Kini para pelajar dapat menggunakan komputer tersebut pada masa lapang atau waktu petang.



Pada tahun 2007 pula sebuah surau telah didirikan dengan bantuan dan kerjasama PIBG. Dengan terbinanya surau dapatlah pelajar di ajar secara klinikal kelas fardhu Ain. Ia juga dapat memudahkan lagi pelajar bersolat. Zohor dan Asar ketika latihan sukan dan aktiviti kelas tambahan. Januari 2008 bilik JQAF dibina bersebelahan surau tersebut. Bangunan kecil ini dibiyai oleh PIBG dan sumbangan ibu bapa.

Januari 2008 kelas pendidikan khas telah dibina. Ia di naikan taraf setanding dengan keperluan pelajar. Bilik darjah tersebut dilengkapi dengan dapur, televisyen dan sebuah komputer. Terdapat seorang guru dan 10 orang pelajar. Pada tahun 2009 seorang lagi guru ditambah dan seorang pembantu khas telah dibekalkan memandangkan bilangan pelajar bertambah.

Tahun 2009 SK Pusat Air Tawar mengalami banyak perubahan, jalan masuk ke sekolah telah di lebar luaskan. Jalan susur keluar juga telah di adakan, sekolah ini juga di dirikan pagar baru, perparitan dan pembentungan baru, sebuah balai bacaan telah dibina diantara bangunan kantin dan Blok A. Manakala kelas pemulihan khas juga mengalami penambah baikan. Lantai, tingkap pintu serta peralatan elektrik dan perabut dibekalkan dengan sempurna. Terdapat sebuah bangunan khas dibina iaitu sebuah tandas untuk masa banjir. Bilik air tersebut mengandungai 2 buah tandas dan sebuah bilik mandi.

May 29, 2010



Testing useruser122010-05-29T07:28:00Z2010-05-29T07:30:00Z1533113711.5604Testing testingtesting

May 25, 2010

Takwin Sekolah

HTML clipboard

Takwim Tahun 2010

JANUARI

MINGGU TARIKH HARI AKTIVITI / PROGRAM TINDAKAN CATATAN
1 01/01/2010 Jumaat Pendaftaran Murid Pra Sekolah & Murid Tahun 1 Guru Besar, GPK1 & Guru Tahun 1
02/01/2010 Sabtu Pendaftaran murid tahun 1-6, Bayaran sekolah dan agihan Buku Teks Guru SPBT & Guru Kelas
04/01/2010 Isnin Sesi Persekolahan 2010 bermula Semua Guru
09/01/2010 Sabtu Mesyuarat Agong Persatuan / Unit Beruniform / Kelab Sukan & permainan Penyelaras Unit Uniform, Kelab & Persatuan
2 11/01/2010 Isnin Taklimat peraturan sekolah & Watikah Perlantikan Pengawas Pusat sumber GPKHEM, Guru Pengawas, Guru Pusat Sumber
11/01/2010- 15/01/2010 Isnin-Jumaat English Week Panatia B.Inggeris
3 21/01/2010 Khamis Latihan kebakaran 01/10 GPK HEM
23/01/2010 Sabtu Perjumpaan Ko-Kurikulum Penyelaras Unit Uniform, Kelab & Persatuan CUTI BERGANTI
4 25/01/2010- 29/01/2010 Isnin - Rabu Minggu Anti-Dadah GPKHEM & GBK
30/01/2010 Sabtu Thaipusam CUTI UMUM

FEBRUARI

MINGGU TARIKH HARI AKTIVITI / PROGRAM TINDAKAN CATATAN
5 06/02/2010 Sabtu Tasmik / Kem Bestari Solat 1, Perjumpaan Ko-Kurikulum Guru j-Qaf , Penyelaras Unit Uniform, Kelab & Persatuan
6 08/02/2010 Isnin
09/02/2010 - 12/02/2010 Selasa - Jumaat English Week Panatia B.Inggeris
13/02/2010 Sabtu Perjumpaan Ko-Kurikulum Penyelaras Unit Uniform, Kelab & Persatuan
7 14/02/2010 - 19/02/2010 Ahad - Jumaat Tahun Baru Cina CUTI UMUM
8 23/02/2010- 24/02/2010 Rabu Ujian Bulanan 01/10 S/Usaha Peperiksaan
25/02/2010 Khamis Mesyuarat Agong PIBG dan Ceramah Motivasi Ibubapa PIBG & GBK
26/02/2010 Jumaat Maulidur Rasul 1431 H CUTI UMUM

MAC

MINGGU TARIKH HARI AKTIVITI / PROGRAM TINDAKAN CATATAN
9

02/03/2010 - 03/03/2010 Selasa Rabu UPPM 1 S/U Peperiksaan
04/03/2010 - 06/03/2010 Khamis Sabtu KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH 2010 GPK KOKU
10 08/03/2010 Isnin KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM MERSING (SMKAB) GPK KOKU / S/U SUKAN
10/03/2010 - 11/03/2010 Rabu Khamis Pertandingan Bola Jaring MSSM Msg (SK Tenglu) GPK KOKU / S/U SUKAN
12/03/2010 Jumaat Sambutan Maulidur Rasul Panatia Agama
11 13/03/2010- 21/03/2010 Sabtu Ahad CUTI PERTENGAHAN SEMESTER PERTAMA
12 22/03/2010 - 26/03/2010 Isnin Jumaat English Week Panatia B.Inggeris
27/03/2010 Sabtu Motivasi Thn 6: Kemahiran Belajar (1), Tasmik / Kem Bestari Solat 2 Perjumpaan Ko-Kurikulum Guru Bimbingan, Guru j-Qaf, GPK KOKU
13 29/03/2010 - 30/03/2010 Isnin Selasa Pertandingan Sepak Takraw MSSM Mersing (SK Tg. Resang) GPK KOKU , S/U Sukan
03/04/2010 Sabtu Kem Sains & Bercerita Sains Tahap 1 Kuiz Antara Rumah (Sains & M3) Panatia Sains & Matematik

APRIL

MINGGU TARIKH HARI AKTIVITI / PROGRAM TINDAKAN CATATAN
14

08/04/2010 Khamis Hari Keputeraan Sultan Johor CUTI UMUM
10/04/2010 Sabtu Perjumpaan Ko-Kurikulum, Mesyuarat Panatia kali ke 2, Motivasi Thn 6: Kemahiran Belajar (2) GPK KOKU, Guru Panatia, Guru Bimbingan
15 12/04/2010 - 16/04/2010 Isnin Jumaat English Week Panatia B. Inggeris
16 23/04/2010 - 25/04/2010 Jumaat Ahad Pertandingan Tenis MSSM Mersing (SMK Sri Mersing) GPK KOKU, S/U Sukan
24/04/2010 Sabtu Perjumpaan Ko-Kurikulum Penyelaras Unit Uniform, Kelab & Persatuan
17

27/04/2010- 28/04/2010 Selasa Rabu Pertandingan Bola Tampar B12 MSSM Msg (SJKC Chiao Ching) GPK KOKU, S/U Sukan
28/04/2010 - 29/04/2010 Rabu Khamis Ujian Bulanan 02/10 S/U Peperiksaan

MEI

MINGGU TARIKH HARI AKTIVITI / PROGRAM TINDAKAN CATATAN
01/05/2010 Sabtu Hari Pekerja CUTI UMUM
18 05/05/2010 - 06/05/2010 Selasa Rabu Kejohanan Bola Baling MSSM Mersing (SK Nitar 1) GPK KOKU, S/U Sukan
04/05/2010 - 05/05/2010 Selasa Khamis UPPM 2 S/U Peperiksaan
08/05/2010 Sabtu Perjumpaan Ko-kurikulum Penyelaras Unit Uniform, Kelab & Persatuan
19 10/05/2010 - 14/05/2010 Isnin Jumaat English Week Panatia B. Inggeris
20 17/05/2010 Isnin Sambutan Hari Guru Semua Guru
18/05/2010 - 21/05/2010 Selasa Jumaat Kempen Keselamatan Jalanraya GPK HEM
22/05/2010 Sabtu Perjumpaan Ko-Kurikulum Penyelaras Unit Uniform, Kelab & Persatuan
21 25/05/2010 - 27/05/2010 Selasa Khamis PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (PKSR 1) S/U Peperiksaan
28/05/2010 Jumaat Hari Wesak CUTI UMUM
22 & 23 29/05/2010 - 13/06/2010 Sabtu Ahad CUTI PERTENGAHAN TAHUN, Lawatan Ke Luar Negeri (3 Hari) Guru Lawatan
29/05/2010 - 30/05/2010 Sabtu Ahad Perkhemahan Unit-unit Beruniform SKPAT 2010 GPK KOKU & semua guru
05/06/2010 Sabtu HARI KEPUTERAAN DYMM SP BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG CUTI UMUM

JUN

MINGGU TARIKH HARI AKTIVITI / PROGRAM TINDAKAN CATATAN
24 14/06/2010 - 17/08/2010 Jun Ogos Program Elit UPSR GPK 1
15/06/2010 Selasa Kuiz Bahasa Melayu Guru Panatia
18/06/2010 Jumaat Hari Terbuka, Muhasabah Diri, Kemahiran menangani Stress GPK 1, Guru Bimbingan
19/06/2010 Sabtu Hari Hol Almarhum Sultan Johor CUTI UMUM
25 21/06/2010 -25/06/2010 Isnin Jumaat Kempen Kebersihan Diri GPK HEM
23/06/2010- 24/06/2010 Rabu Khamis Pertandingan Ragbi Rimau MSSM Mersing (SKPAT) & Bola Baling MSSM Msg (SKN!) GPK KOKU, S/U Sukan
26/06/2010 Sabtu Perjumpaan Ko-kurikulum Meys. Panatia kali ke 3 GPK KOKU, Guru Panatia
26 28/06/2010 Isnin Kempen Cergas Sihat Guru Kesihatan

JULY

MINGGU TARIKH HARI AKTIVITI / PROGRAM TINDAKAN CATATAN
26 01/07/2010 Khamis Latihan Kebakaran 2/10 GPK HEM
02/07/2010 Jumaat Motivasi Tahun 6 : Pelajar Cemerlang Prospek & Realiti Guru Bimbingan
03/07/2010 Sabtu Treasure Hunt Math & Science Panatia MT & SC
27 05/07/2010 - 09/07/2010 Isini - Jumaat English Week Panatia B.Inggeris
09/07/2010 - 11/07/2010 Jumaat - Ahad Kejohanan Ragbi Rimau MSSM Johor Kelolaan MSSM Kluang GPK KOKU , S/U SUKAN
10/07/2010 Sabtu Perjumpaan Ko-Kurikulum Penyelaras Unit Beruniform, Kelab & Persatuan
29 12/07/2010 - 16/07/2010 Isnin - Jumaat KEMPEN BUDAYA MEMBACA Guru Media & Perpustakaan
17/07/2010 Sabtu Motavasi Tahun 6 : Teknik Menjawab Soalan Guru Bimbingan
30 19/07/2010 Isnin Pertandingan Mengarang B. Melayu Panatia B.Melayu
24/07/2010 Sabtu Ko-Kurikulum, Tasmik / Kem Bestari Solat 3 GPK KOKU, Guru j-Qaf
31 28/07/2010 - 29/07/2010 Rabu - Khamis Ujian Bulanan 03/10 SU Peperiksaan
21/07/2010 Sabtu Motivasi Tahun 6 : Teknik Menjawab Soala Guru Bimbingan

OGOS

MINGGU TARIKH HARI AKTIVITI / PROGRAM TINDAKAN CATATAN
32 03/08/2010 - 05/08/2010 Selasa Khamis UPPM 3 S/U Peperiksaan
07/08/2010 Sabtu Ko-Kurikulum ; Mesyuarat Panatia kali ke 4, Motivasi Tahun 6 : Strategi Menghadapi Peperiksaan Tasmik / Kem Bestari Solat 4 GPK KOKU, Guru Panatia, Guru Bimbingan, Guru j-Qaf
33 09/08/2010 - 13/08/2010 Isnin Jumaat English Week Panatia B.Inggeris
11/08/2010 Rabu AWAL RAMADHAN 1430H CUTI UMUM
34 16/08/2010 -20/08/2010 Isnin Jumaat Program Ala-Asrama 2010 GPK 1
35 23/08/2010- 28/08/2010 Isnin Sabtu Program Ala-Asrama 2010 GPK 1
36 30/08/2010 Isnin Sambutan Kemerdekaan GPK HEM
31/08/2010 Selasa Hari Kebangsaan CUTI UMUM

SEPTEMBER

MINGGU TARIKH HARI AKTIVITI / PROGRAM TINDAKAN CATATAN
36 03/09/2010 - 05/09/2010 Khamis Majlis Khatam Al-Quran Panatia Agama
07/09/2010 Jumaat Motivasi Tahun 6 : Persediaan Menghadapi Peperiksaan Saat Akhir Guru Bimbingan
37 09/09/2010 - 13/09/2010 Sabtu Ahad CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2
11/09/2010 Jumaat Sabtu CUTI HARI RAYA AIDIL FITRI 1431H CUTI UMUM
38 16/09/2010 -20/09/2010 Selasa Rabu Ujian Bulanan 04/10 S/U Peperiksaan
23/09/2010- 28/09/2010 Khamis HARI MALAYSIA CUTI UMUM
39 30/09/2010 Rabu Khamis UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2010 (UPSR) GPK 1
30/09/2010 Jumaat Sambutan Hari Raya GPK HEM
30/09/2010 Sabtu Perjumpaan Ko-Kurikulum / Merhaban Penyelaras Unit Beruniform, Kelab & Persatuan Panatia Agama
40 31/09/2010 Isnin Program Selepas UPSR GPK 1

OKTOBER

MINGGU TARIKH HARI AKTIVITI / PROGRAM TINDAKAN CATATAN
41 04/10/2010 Isnin Program Selepas UPSR GPK 1
05/10/2010 Selasa Lawatan Dalam Negeri Murid Thn 6 Guru Lawatan
09/10/2010 Sabtu Perjumpaan Ko-Kurikulum Penyelaras Unit Beruniform, Kelab & Persatuan
42 15/10/2010 Jumaat Latihan Kebakaran 03/10 GPK HEM
16/10/2010 - Sabtu Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia GPK HEM
43 23/10/2010 Sabtu Mesyuarat Profesional 06/10 Semua Guru, Guru j-Qaf
44 26/10/2010 - 29/10/2010 Selasa Jumaat PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN (PKSR 2) S/U Peperiksaan

NOVEMBER

MINGGU TARIKH HARI AKTIVITI / PROGRAM TINDAKAN CATATAN
45 01/11/2010 Isnin Pemulangan SPBT Guru SPBT / Kelas
05/11/2010 Jumaat Deepavali
46 08/11/2010 - 13/11/2010 Isnin Jumaat Aktiviti Ko-kurikulum GPK Koku, S/U Sukan
09/11/2010 Selasa Taklimat Sekolah Menengahh, Class Streaming S/U Peperiksaan, Guru Bimbingan
11/11/2010 Rabu Agihan Buku Teks GPK HEM
12/11/2010 Khamis Hari Terbuka GPK HEM
13/11/2010 Sabtu Tasmik Guru j-Qaf
47 15/11/2010 Isnin Hari Anugerah Kecermerlangan GPK KOKU
17/11/2010 - 18/11/2010 Rabu Khamis HARI RAYA AIDIL ADHA 1430H CUTI UMUM
19/11/2010 Jumaat Gotong - Royong Warga SKPAT
48 20/11/2010 - 30/11/2010 Sabtu Isnin CUTI AKHIR TAHUN
27/11/2010 Jumaat Draf Takwim, Jadual Waktu, Program, Tugasan Guru, Bayaran Sekolah dan sebagainya GPK KOKU, GB, GPK

DISEMBER

MINGGU TARIKH HARI AKTIVITI / PROGRAM TINDAKAN CATATAN
49,50 & 51 01/12/2010 - 24/12/2010 Isnin CUTI AKHIR TAHUN
07/12/2010 Selasa Awal Muharam CUTI UMUM
52 25/12/2010 Sabtu Krimas CUTI UMUM
53 28/12/2010 - 31/12/2010 Isnin Khamis Pembukaan Kaunter Pembelian Buku & Bayaran Sekolah 2011 Pegawai Kerani

Selamat datang ke blog rasmi SKPAT Endau, tujuan pembangunan blog ini adalah untuk kegunaan warga SKPAT dan dengan secara langsung meningkatkan pengunaan ICT di sekolah. Blog ini masih dalam pembangunan, sebarang masalah dan komen boleh di hantar ke email skpat.endau@gmail.com





Berita Terkini

Pemilihan 5 orang murid telah di buat untu menyertai program mentor mentee

Sukan sekolah pada 6hb March 2010 yang lalu, telah dijalankan dengan jayanya dan di rasmikan oleh YDP PIBG SK Pusat Air Tawar








Hebahan Terkini Dari PPD Mersing





Hak Cipta Terpelihara © 2014. Admin SK Pusat Air Tawar, KM 4, Jalan Endau-Mersing, 86900 Mersing, Johor Malaysia.

PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.