Selamat datang ke blog rasmi Sekolah Kebangsaan Pusat Air Tawar Endau, tujuan pembangunan blog ini adalah untuk kegunaan warga SKPAT dan dengan secara langsung meningkatkan pengunaan ICT di sekolah. Sebarang masalah dan komen boleh di hantar ke email skpat.endau@gmail.com atau sk.pusatairtawar@gmail.com.

INFO TERKINI

Sejarah Sekolah

Sejarah Sekolah


Sekolah kebangsaan Kampung Air Tawar, Endau telah dibina pada tahun 1947 di atas kesedaran penduduk kampung dengan pengasas sekolah ini iaitu Tn. Hj. Mansor bin Muhamad. Terletak kira-kira 6 km dari pekan terpncil Endau melalui jalan balak menuju ke arah bandar Mersing. Pada ketika tiu sekolah ini daif beratapkan nipah, berlantaikan tanah dan berdindingkan papan sementara luasnya kira-kira 920 kaki persegi (46" x 20") sahaja. Tanggal 1948, Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor; Al-Marhum Sultan Sir Ibrahim telah berkenan mencemar duli untuk merasmikan pembukaan sekolah ini. Tn. Hj. Abdul bin Hassan bertanggungjawab sebagai Guru Besar yang mengepalai adat istiadat majlis perasmian ketika itu.

Bermula pada tahun 1949, beberapa fasa projek kecil naik taraf telah di laksanakan. Bantuan pertama merupakan peruntukan kerajaan sebanyak RM500.00, digunakan untuk memperbesarkan keluasan sekolah ini kepada lebih kurang 600 kaki persegi (30" x 20"). Pada tahun 1954 atas inisiatif Guru Besar ketika itu bantuan ke dua sebanyak RM1000.00 telah digunakan untuk menukarkan lantai tanah kepada lantai simen dan atap nipah kepada atap zink. Peruntukan ke tiga bernilai RM2000.00 dari RIDA pada tahun 1956 dimanfaatkan untuk menambah bangunan seluas 600 kaki persegi (30: x 20") dengan sebuah setor serta sebuah perigi.

Bekas-bekas pelajar tahun 80-an

Pada tahun 1957 sekolah ini telah diberi nama baru iaitu Sekolah Umum Kampung Baru. Endau. Pada tahun ini jugak anak-anak Orang Asli Labong mendapat pendidikan pertama mereka apabila tertubuhnya sebuah sekolah cawangan yang dinamakan Sekolah Kebangsaan (Orang Asli) Labong, Endau. Sekolah ini dibina 7 KM dari Sekolah Umum Kampung Baru, Endau dan dibiayai sepenuhnya oleh Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli.

Di atas kesedaran melaksanakan peranan dan fungsinya Lembaga Kebajikan Masyarakat telah bermurah hati menyumbang sebanyak RM6000.00. Peruntukan ke empat pada tahun 1958 ini telah dgunakan untuk memasang siling dan kaki lima sekolah, membina kantin serta membaik pulih padang sekolah. Pada tahun 1964, nama sekolah ini sekali lagi ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Semaloi,Endau.




















Bekas-bekas pelajar tahun 80-an


Apabila pertambahan penduduk bertambah secara mendadak kerajaan dibawah projek lima tahun telah membina sebuah bangunan dua tingkat pada tahun 1972. Bangunan ini telah dibina di kawasan seluas kira-kira 7 ekar tanah yang dikurniakan oleh YB Dato' Gholam bin Awang. Tersergam indah di kilometer 4 dari pekan Endau dan mudah di lihat melalui jalan utama Endau-Mersing. Bangunan sekoalah baru ini mengandungi sebuah pejabat, sebuah bilik guru, lapan bilik darjah, dua buah tandas guru dan dua buah tandas murid serta sebuah setor. Sementara kemudahan-kemudahan lain seperti padang permainan, tapak perhimpunan dan kantin disediakan dan dibina bersebelahan bangunan ini.

Pada awal Februari, 1973 bangunan baru sekolah ini telah memulakan operasinya. Sekolah baru ini yang di beri nama Sekolah Kebangsaan Pusat Air Tawar, Endau merupakan gabungan daripada tiga buah sekaolah yang telah di jumudkan bangunan lamanya dan dipindahkan ke sekolah ini. Sekolah yang terlibat termasuklah Sekolah Kebangsaan Pusat Air Tawar, Endau, terletak di Kampung Air Tawar, Sekolah Kebangsaan Kampung Hubung, Endau terletak di Kampung Hubung dan Sekolah Kebangsaan Kampung Semaloi, Endau terletak di Kampung Semaloi.




Tangal 1999 sebuah lagi bangunan baru telah dibina di sebelah barat bangunan lama. Bangunan baru setinggi tiga tingkat ini mengandungi sebuah bilik muzik, sebuah perpustakaan, sebuah pusat sumber, sebuah bilik tayangan, sebuah bilik guru, sebuah bilik mesyuarat, sebuah makmal sains, sebuah bengkel kemahiran hidup, enam buah bilik darjah, dua buah tandas guru, dua buah tandas murid dan sebuah setor sukan. Bangunan rumah pam mekanikal juga dibina bersebelahan bangunan baru ini. Akhirnya pada tahun 2000 bangunan baru sekolah ini telah digunakan.




PKG J27 yang terletak di dalam kawasan sekolah telah dibina pada tahun 1992 dan bertentangan dengannya dua unit rumah guru juga telah di bina di dalam kawasan sekolah yang telah dihuni sejak tahun 1994. Sementara itu di luar kawasan sekolah dua buah pondok menunggu bas telah juga dibina. Kini setelah hampir 56 tahun berlalu, sekolah ini mengandungi 367 orang murid, 32 orang guru dan 9 orang kakitangan dan yang paling membanggakan kini hampir semua kemudahan asas pendidikan dapat dinikmati oleh para pelajar sekolah ini.

Sepanjang tempoh 30 tahun kebelakangan ini iaitu bermula pada tahun 1973 seramai 11 orang peneraju sekolah ini sebagai Guru Besar telah menabur bukti budinya. Bermula dengan
Tn. Hj. Abd. Rashid bin Hassan (01/01/1973 hingga 22/01/1974),
En. Abu Bakar bin Hj. Arif (01/03/1974 hingga 26/04/1978),
Tn. Hj. Idris bin Mohamad (01/08/1978 hingga 31/12/1979),
En. Mohd Salleh bin Ali (01/01/1979 hingga 31/12/1982),
Tn. Hj. Mohd. Diah bin A. Rahman (01/01/1983 hingga 14/04/1984),
Tn. Hj. Othman bin Abdullah (15/04/1984 hingga 13/11/1986),
Pn. Hjh. Halimah binti Hj. Ramli (14/11/1986 hingga 15/12/1987)
Tn. Hj. Abdullah bin Hj. Ahmad (16/12/1987 hingga 15/01/1994)
En. Abdul Jalil bin Salim (16/01/1994 hingga 15/04/2001)
En. Zulkefli bin Mohd Amin (16/04/2001 hingga 10/06/2005)
Pn. Hjh. Norsiah binti Endot (02/06/2005 (terkini)

Sepanjang tempoh itu juga sekolah ini telah mengalami beberapa perubahan. 1983 sekolah ini telah dinaikkan taraf "Under enrol" kepada gred B luar bandar kemudian pada tahun 1994 sekolah ini telah dinaikkan kepada gred A luar bandar. Pada waktu itu bilangan pelajar seramai 375 orang termasuk sebuah sekolah cawangan iaitu Sek. Keb Orang Asli Kg Labong iaitu kira-kira 7 kilometer dari sekolah ini. Pada Januari 1998 sekolah kebangsaan Orang-Orang Asli Labong telah berpisah dengan sekolah ini di sebabkan oleh wujudnya jawatan Guru Besar di sekolah itu.



Pada tahun 1990 sebuah bangunan baru blok B telah didirikan setinggi 3 tingkat. Bangunan itu terdiri daripada 5 bilik darjah. Sebuah bilik Pendidikan khas 3 bay, sebuah Makmal Sains dan Bilik Kemahiran Hidup, sebuah bilik Perpustakaan 3 bay, Bilik komputer 3 bay, bilik tayangan 2 bay, bilik Pusat Akses 1 bay.



Bekas Pendidik SK Pusat Air Tawar

Tahun 1992, kelas pra sekolah Al Kindi telah dibina dengan kelulusan 4 bay. Kelas itu mengandungi peralatan dan pasarana yang lengkap termasuk sebuah taman permainan, tandas dan dapur masak. Tahun 2004 sebuah lagi kelas perluasan Pra sekolah dibina. Kelas pra sekolah Al Farabi ini jugak di lengkapi dengan peralatan dan pasarana yang sama.

Pada tahun 2000 sekolah telah diturunkan semula kepada Gred B luar bandar. Ini disebabkan bilangan murid yang semakin berkurangan. Pada tahun 2002 pula bilik makmal komputer telah mula beroperasi. Terdapat 13 buah komputer telah dibekalkan termasuklah sebuah komputer guru. Semua pelajar dapat menggunakan komputer bagi proses pembelajaran mereka. Pada tahun 2006 sebuah bilik Pusat Akses telah dibekalkan. Ia mengandungi peralatan komputer serta dilengkapi dengan talian internet, terdapat 10 buah komputer telah disediakan. Kini para pelajar dapat menggunakan komputer tersebut pada masa lapang atau waktu petang.


Pada tahun 2007 pula sebuah surau telah didirikan dengan bantuan dan kerjasama PIBG. Dengan terbinanya surau dapatlah pelajar di ajar secara klinikal kelas fardhu Ain. Ia juga dapat memudahkan lagi pelajar bersolat. Zohor dan Asar ketika latihan sukan dan aktiviti kelas tambahan. Januari 2008 bilik JQAF dibina bersebelahan surau tersebut. Bangunan kecil ini dibiyai oleh PIBG dan sumbangan ibu bapa.

Januari 2008 kelas pendidikan khas telah dibina. Ia di naikan taraf setanding dengan keperluan pelajar. Bilik darjah tersebut dilengkapi dengan dapur, televisyen dan sebuah komputer. Terdapat seorang guru dan 10 orang pelajar. Pada tahun 2009 seorang lagi guru ditambah dan seorang pembantu khas telah dibekalkan memandangkan bilangan pelajar bertambah.

Tahun 2009 SK Pusat Air Tawar mengalami banyak perubahan, jalan masuk ke sekolah telah di lebar luaskan. Jalan susur keluar juga telah di adakan, sekolah ini juga di dirikan pagar baru, perparitan dan pembentungan baru, sebuah balai bacaan telah dibina diantara bangunan kantin dan Blok A. Manakala kelas pemulihan khas juga mengalami penambah baikan. Lantai, tingkap pintu serta peralatan elektrik dan perabut dibekalkan dengan sempurna. Terdapat sebuah bangunan khas dibina iaitu sebuah tandas untuk masa banjir. Bilik air tersebut mengandungai 2 buah tandas dan sebuah bilik mandi.

0 Komen:

Post a Comment

Hak Cipta Terpelihara © 2014. Admin SK Pusat Air Tawar, KM 4, Jalan Endau-Mersing, 86900 Mersing, Johor Malaysia.

PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.