Selamat datang ke blog rasmi Sekolah Kebangsaan Pusat Air Tawar Endau, tujuan pembangunan blog ini adalah untuk kegunaan warga SKPAT dan dengan secara langsung meningkatkan pengunaan ICT di sekolah. Sebarang masalah dan komen boleh di hantar ke email skpat.endau@gmail.com atau sk.pusatairtawar@gmail.com.

INFO TERKINI

July 01, 2010

Majlis Perpisahan Guru Besar Puan Hajah Norsiah Endot



Majlis telah diadakan pada 10.00 pagi di mulakan dengan jamuan guru-guru dan kakitangan sekolah bersama guru besar, jamuan ini juga telah di sertai oleh YDP PIBG SK Pusat Air Tawar Encik Meor Ahmad. Pelajar-pelajar telah di berikan ais krim.




Seterusnya majlis di mulakan dengan bacaan doa oleh En. Mohd. Fauzi bin Desa,


di lengkapi dengan ucapan dari wakil pelajar (Mohd Hassan Al-Shafiq) dan ucapan alu-aluan daripada GPK 1 (Encik Sabri Mohamad) selaku wakil guru. Guru besar juga memberikan ucapan, pesanan dan juga amanat untuk guru-guru, pelajar dan kakitangan.




Majlis diteruskan dengan persembahan murid dan guru.





Puan Hajah Norsiah bersama naik ke pentas untuk menari bersama semasa persembahan nyanyian oleh cikgu Suhardi dan cikgu Awalluddin.

Seterusnya majlis penyampaian hadiah oleh setiap darjah kepada guru besar. Bagi pihak kakitangan sokongan cenderahati di serahkan oleh Encik Aziz Agil kepada guru besar.










Seterusnya majlis salam bersalam dengan guru besar Puan Hajah Norsiah Endot di mulakan, pelajar dan guru beratur sepanjang jalan untuk bersalam dengan beliau.













Kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang, Insyaallah kita akan berjumpa lagi.

0 Komen:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Fuad Nawawi Enhanced by skpatendau.blogspot.com

Post a Comment

Hak Cipta Terpelihara © 2014. Admin SK Pusat Air Tawar, KM 4, Jalan Endau-Mersing, 86900 Mersing, Johor Malaysia.

PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.