Selamat datang ke blog rasmi Sekolah Kebangsaan Pusat Air Tawar Endau, tujuan pembangunan blog ini adalah untuk kegunaan warga SKPAT dan dengan secara langsung meningkatkan pengunaan ICT di sekolah. Sebarang masalah dan komen boleh di hantar ke email skpat.endau@gmail.com atau sk.pusatairtawar@gmail.com.

INFO TERKINI

July 01, 2010

Soneta Hari Terakhir Untuk Puan Hajah Norsiah Binti Endot


Gerak geri memaparkan kelincahan
Riang menari sambil berlaga,
Bersenda gurau melakar wajah,
Namun yang lebih tahu,
Hanya Tuhan yang satu,
Di dalam keriuhan sorak dan sorai,
Ada harapan yang terkulai,
Cita-cita melangkau Everest nan tinggi,
Mimpi indah onak menikam diri,
Namun itulah Puan Hajah Norsiah,
Segala derita di simpan di hati,
Terpintal indah menyusun seni,
Menjadi penawar hati yang sepi,
Tiada kalimah mustahil,
Dalam tubuh yang kecil,
Lautan sanggup di redah,
7 benua mahu di jajah,
Onak yang menusuk jauh di sudut hati,
Menjadi azimat pendorong diri,
Jatuh dan dijatuhkan berkali-kali,
Namun terus bangkit,
Melangkah dan berlari,
Itulah Puan Hajah Norsiah punyai wawasan sendiri,
Tidak pernah tewas dipukul taufan,
Tidak berputus asa pada pelbagai tohmahan,
Namun Puan Hajah Norsiah, hanya seorang insan,
Ada tikanya terperangkap oleh perasaan,
Dan kerana perasaanlah,
Dalam tenang Puan Hajah Norsiah resah,
Kerana hati lah,
Dalam riang Puan Hajah Norsiah derita,
Namun kerana ilmu mu tidak ingin dipersia,
Puan Hajah Norsiah rela menjadi lilin terbakar,
Menerangi kami semua.

Deklamasi sajak Encik Sabri Mohamad (GPK 1) dalam Majlis Perpisahan Puan Hajah Norsiah Endot



Puan Hajah Norsiah
Dari kacamata GPK 1 SK Pusat Air Tawar
Encik Sabri Mohamad



Puan Hajah Norsiah merupakan seorang yang rajin dan kreatif, sepanjang beliau bertugas di sekolah ini sebagai guru besar saya selaku guru penolong kanan Kurikulum berasa sangat bertuah kerana dapat belajar dengan lebih mendalam erti pengurusan dan pentadbiran.

Beliau telah bertugas selama 5 tahun 1 bulan di sekolah ini. Berbagai kejayaan telah di capai terutama di bidang kurikulum dan ko kurikulum. Pencapaian terbaik sekolah adalah pada tahun 2009 yang mana sekolah ini muncul sebagai sekolah terbaik di zon Endau dan kedua terbaik di daerah Mersing.

Saya berdoa agar beliau terus berjaya di dalam kerjaya sebagai guru besar di sekolah baru, SK Lembaga, Endau.

0 Komen:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Fuad Nawawi Enhanced by skpatendau.blogspot.com

Post a Comment

Hak Cipta Terpelihara © 2014. Admin SK Pusat Air Tawar, KM 4, Jalan Endau-Mersing, 86900 Mersing, Johor Malaysia.

PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.