Selamat datang ke blog rasmi Sekolah Kebangsaan Pusat Air Tawar Endau, tujuan pembangunan blog ini adalah untuk kegunaan warga SKPAT dan dengan secara langsung meningkatkan pengunaan ICT di sekolah. Sebarang masalah dan komen boleh di hantar ke email skpat.endau@gmail.com atau sk.pusatairtawar@gmail.com.

INFO TERKINI

June 02, 2010

BADAN KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN (BKGK)

Perlembagaan Badan Kebajikan Guru Dan Kakitangan

SK Pusat Air Tawar, Endau, Johor.


FASAL 1:


Badan ini dikenali dengan nama Badan Kebajikan Guru Dan

Kakitangan, SK Pusat Air Tawar. (BKGK)


FASAL 2:


Maksud : Mewujudkan semangat kerjasama, persefahaman dan muhibbah serta mengambil peranan kebajikan bagi kepentingan ahli dan murid-murid SK Pusat Air Tawar


FASAL 3:

Jawatankuasa yang dipilih :

a. Penasihat : Guru Besar SKPAT

b. Pengerusi : Puan Norizan Said

c. Naib Pengerusi : Encik Asri Bin Hapaz

d. Setiausaha : Puan Rosmaini Othman

e. Bendahari : Puan Rohani Ismail

f. Naib Bendahari : Puan Rafidah Ali

g. AJK : Seramai 4 orang - Puan Norhashimah Hassin

- Encik Suhardi Haron

- Puan Faridah Sulaiman

- Encik Awalludin


Pemilihan jawatankuasa diadakan dua tahun sekali.



FASAL 4:


Keahlian:

Semua guru termasuk guru sementara/kontrak/praktikal dan kakitangan sekolah termasuk kakitangan swasta/kontrak yang berkhidmat di SK Pusat Air Tawar secara automatik menjadi ahli badan ini


FASAL 5:


Tujuan:
5.1 : Mengadakan majlis-majlis seperti berikut:


· Majlis perpisahan · Sambutan Hari Raya · Hari Keluarga
· Jamuan Akhir Tahun · Lain-lain majlis yang dirasakan perlu.


5.2 : Mengadakan majlis seperti forum, dialog, ceramah, kursus dalaman dan

lain-lain seumpamanya.


5.3 : Memberikan derma kepada orang perseorangan, pertubuhan agama

dan lain-lain seumpamanya tidak melebihi RM 20.00

5.4 : Murid-murid yang ditimpa malang diberi sumbangan maksima RM 20.00


5.5 : Mengeluarkan derma atau bantuan kepada ahli-ahli yang ditimpa

kemalangan atau bencana atau seumpamanya.


a. Kematian anak/isteri/suami/ibu bapa : RM 30.00
b. Kematian ahli : RM 50.00
c. Masuk wad tidak kurang dari 3 hari (sakit) : RM 50.00 (sekali setahun)
d. Kemalangan/bencana : RM 30.00

5.6 : Memberi hadiah atau cendera mata kepada ahli-ahli yang berkhidmat

melebihi 6 bulan di sekolah ini.


a. Berkahwin : RM 50.00
b. Bertukar : RM 20.00 (dengan tambahan RM3.00 x bilangan

tahun berkhidmat di sekolah ini)
c. Bersara : RM 40.00 (dengan tambahan RM3.00 x bilangan

tahun berkhidmat di sekolah ini)
d. Bersalin anak pertama (sulung) : RM 40.00
e. Bersalin anak pertama di sekolah ini : RM 30.00
f. Menunaikan haji (sekali sahaja) : RM 50.00



FASAL 6 :


Yuran keahlian:

Setiap ahli dikehendaki membayar yuran sebanyak:

- RM 5.00 sebulan (guru)

- RM 3.00 sebulan (kakitangan)

Segala pemberian derma, sumbangan, hadiah atau cendera mata berkaitan dengan ahli yang tidak membayar yuran akan ditentukan oleh Jawatankuasa Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan, SK Pusat Air Tawar. (BKGK)


FASAL 7 :

Perubahan dalam perlembagaan.

Sebarang perlembagaan yang tercatat hanya boleh dipinda dalam Mesyuarat Agung yang berikutnya.

0 Komen:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Fuad Nawawi Enhanced by skpatendau.blogspot.com

Post a Comment

Hak Cipta Terpelihara © 2014. Admin SK Pusat Air Tawar, KM 4, Jalan Endau-Mersing, 86900 Mersing, Johor Malaysia.

PENAFIAN : Admin tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog ini.